I want to change!






Bercakap tentang manusia dan perubahan, keduanya tak lari jauh. Bukan setakat manusia, malah dunia juga berubah. Sedang dunia berubah lebih maju, semakin mundur pula akhlak kita. Sekarang ni makin ramai yang memegang nama Islam hanya pada nama, tapi tidak betul-betul memahami apa sebenarnya Islam tu. Bila ditanya, katanya "saya beragama islam", tapi kehidupan tidak menggambarkan keislamannya tu.

...........

Dulu aku jahil, hidup terumbang-ambing agamanya. Keluar bergaul lelaki dan perempuan bercampur, bersentuh sana sini pun buat tak kisah je. Takde rasa salah pon. Sebelum ni aku tak bertudung, berpakaian tidak menutup aurat. Semua tu tiada nampak salahnya masa tu. Di sekolah belajar Pendidikan Agama Islam, ibu ayah hantar ke sekolah agama untuk mendapatkan didikan agama yang lebih sempurna. Tapi semua tu macam takde makna masa tu. Hanya anggap benda tu something yang memang kena buat, pergi sekolah, belajar then balik. Ilmu tu macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri je, belajar tapi tak amalkan. 

Kehidupan macam tu berterusan sampailah dapat sambung study kat Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Dari situ, mula berkawan dengan kawan-kawan yang berhijab. Mulanya takde rasa apa pun walaupun aku seorang je yang tak berhijab. Kawan-kawan pun takde yang melarang, mungkin mereka fikir yang aku ni perempuan bandar & biasalah kalau perempuan macam aku ni freehair. Dekat poli, memang diwajibkan pakai tudung so aku pun pakai, tapi time pergi kelas je. Bila ada kat luar kawasan poli, tudung pun melayang ke mana.

Lama-kelamaan terdetik dalam hati ni, "kawan-kawan kat sini semuanya bertudung/berhijab, kenapa aku pon tak pakai sekali". Bila minta pendapat sahabat semua pun diorang bagi respon positif dan galakan. Sejak tu aku start berhijab, tapi masih tak tetap hati. Sekejap pakai sekejap tak. Alhamdulillah ada seorang sahabat ni memang betul betul push dan paksa suruh pakai. Mulanya rasa rimas juga sebab dipaksa, tapi dia banyak bagi nasihat dan cara dia memberi nasihat tu buat diri boleh terima benda tu. Semenjak tu aku dah tetapkan hati untuk berubah.



" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri "



Makin lama makin terbuka mata, minda dan hati untuk berubah. Banyak memerhatikan cara muslimah berpakaian, aku pun mula rasa nak berpakaian macam mereka. Aku mula dekatkan diri dengan Tuhan dan Alhamdulillah, Dia pun tidak menjauh dariku. Since then, aku start berkawan dengan para muslimah, banyak bertanya soal agama & sahabat yang lain pun banyak memberi nasihat dan pandangan positif tentang perubahan ni. Aku pun makin suka dengan perubahan ni & tekadkan hati untuk berubah!


Sekarang ni aku nampak dengan jelas apa yang selama ni aku anggap betul tu adalah salah. Dah terlalu banyak dosa yang aku buat sebelum ni. Memang aku menyesal tapi apa yang dah jadi, dah tak boleh nak ubah. Tapi yang pastinya, aku tak nak lagi ulangi benda tu semua. Alhamdulillah, Allah tak pernah lupakan hamba-Nya dan bagi hidayah untuk aku berubah. 




Masih belum terlambat untuk kita bertaubat dan kembali ke jalan-Nya. Allah tu Maha Mendengar & Maha Pengasih dan Dia mendengar rintihan seorang hambaNya yang meminta pertolonganNya, insyaAllah. :)





No comments: