Cerita sem 1 #Part 1




Alhamdulillah selesai, habis, tamat sudah perjalanan untuk sem 1 ni. Sekejap je dah habis dah 1 sem. Sepanjang 3 bulan lebih ni macam macam ragam yang dah aku jumpa dan lalui. Macam macam perasaan yang datang dan pergi. Ambil masa juga nak adapt cara hidup dekat U ni. Sampaikan beberapa kali timbul rasa nak berhenti belajar, balik belajar masak je dengan ibu dekat rumah. Pressure belajar tu kena betul betul pandai handle dan yang paling penting don't ever give up.

Jadual final exam tersangatlah pack. Ade 6 paper final which are Bahasa (mandarin), Nature Conservation, Construction Engineering (CE), Hydraulics, Hubungan Etnik & Enginnering Mathematics (calculus). Disebabkan minggu pertama just dua paper & minggu kedua 4 paper straight selasa-khamis, masa untuk study pon sangat terhad. Aku and what we call 'buddies' susun cantik punya jadual untuk study. Sepanjang 2 minggu memang librarian tu akan hadap muka kitorang je, mintak kunci untuk guna bilik. Memang kasi pulun habis punyalah study. Takut sangat tak boleh jawab exam sampai tak tidur malam.

Agak kecewa dengan diri sendiri sebab tak study dari awal. Final haritu pun banyak yang tak boleh nak buat. Usaha sudah, so redha dan tawakal je lah dengan keputusannya nanti. Tak mengharapkan apape selain cukuplah walaupun sekadar lulus.

Currently i'm at home for almost 5 days now. Nak setting balik diri, kasi rehat cukup cukup ganti penat dan tak cukup tidurnya masa final week haritu. In another 2 weeks will be heading back to UTHM for survey camp located in Port Dickson for a week. Diharapkan camp ni tak sesusah yang digambarkan dalam kepala sendiri.

#notetoself : setting and improve the way of studies, in shaa Allah :)

Sembilanbelas Oktober

Assalamualaikum w.b.t.

Kali ni entri untuk my very very very special someone in my life. Nama diaaaaaaaaaaaa Arina Zainuddin. Aku dah kenal dia 3 tahun lebih dah kot, lebih kurang la. Dan dia dah jadi my bestfriend since then. Dia selalu tolong aku, dengar cerita masalah aku. Ambil berat pasal aku. Belanja aku makan. Teman aku merayap. Teman aku bergayut dekat tangga kamsis sambil usha surau *ehem*. Teman tengok final bola dekat MacDe sampai tak balik kamsis. Cuak bersama tiap kali keluar balik malam bila nak lalu dekat pakguard. Memekak bersama dalam bilik. Tadah telinga bersama dengar bebelan umi. Buat selamba macam kamsis tu kami yang punya dan kalau nak list semua memang tak habis la. And yep, she always be there when i need her.






So, here it goes



Happy birthday to youuuu,
Happy birthday to youuuu,
Happy birthday to you Kak Nana,
Happy birthday to youuuu.



Selamat Hari Jadi yang ke-21 tahun. Selamat berjaya dunia akhirat. Remember me wherever you are! Thanks for being a very good friend to me. Sorry for my mistakes. I  you, Bestfriend ^^




*How i wish i can celebrate this year's birthday with you. I miss you :')

Kini bergelar pelajar Universiti :')

Dah nak masuk sebulan bergelar seorang pelajar semula. Cara hidup di U bila dibandingkan dengan belajar di PKB dulu, sangat berbeza. Life kat U memang tough dan kena pandai jaga+bawa diri, kalau tak memang hanyut. Alhamdulillah setakat ni kehidupan agak membahagiakan, dapat kenal kawan baru dan belajar benda baru.

Eventhough diri ni memang tak pandai nak bergaul sangat, but thanks to certain people who understand and willing to be my friends. Seriously, thank you so much guys. You all are great and very supportive towards each other. Setiap seorang pon memang tak pentingkan diri and always helping each other and covers each others back.

Alhamdulillah setelah struggle dengan life and classes, now everything are already in line. Syukur yang amat pada semua yang membantu dalam proses penyesuaian diri ni. Walaupun susah, biarlah kita susah bersama ye, insyaAllah :)

These are my several new friends from FKAAS ^_^



Ain aka Sob ^_^

Adha & Aina

Amalina, Adha, Delaila, Me, Aifaa & Atie

Aina from Sabah :)

After finishing Mandarin Class

Library yang menjadi rumah kedua




Doakan kejayaan kami semua ye. Assalamualaikum :)