Cerita sem 1 #Part 1




Alhamdulillah selesai, habis, tamat sudah perjalanan untuk sem 1 ni. Sekejap je dah habis dah 1 sem. Sepanjang 3 bulan lebih ni macam macam ragam yang dah aku jumpa dan lalui. Macam macam perasaan yang datang dan pergi. Ambil masa juga nak adapt cara hidup dekat U ni. Sampaikan beberapa kali timbul rasa nak berhenti belajar, balik belajar masak je dengan ibu dekat rumah. Pressure belajar tu kena betul betul pandai handle dan yang paling penting don't ever give up.

Jadual final exam tersangatlah pack. Ade 6 paper final which are Bahasa (mandarin), Nature Conservation, Construction Engineering (CE), Hydraulics, Hubungan Etnik & Enginnering Mathematics (calculus). Disebabkan minggu pertama just dua paper & minggu kedua 4 paper straight selasa-khamis, masa untuk study pon sangat terhad. Aku and what we call 'buddies' susun cantik punya jadual untuk study. Sepanjang 2 minggu memang librarian tu akan hadap muka kitorang je, mintak kunci untuk guna bilik. Memang kasi pulun habis punyalah study. Takut sangat tak boleh jawab exam sampai tak tidur malam.

Agak kecewa dengan diri sendiri sebab tak study dari awal. Final haritu pun banyak yang tak boleh nak buat. Usaha sudah, so redha dan tawakal je lah dengan keputusannya nanti. Tak mengharapkan apape selain cukuplah walaupun sekadar lulus.

Currently i'm at home for almost 5 days now. Nak setting balik diri, kasi rehat cukup cukup ganti penat dan tak cukup tidurnya masa final week haritu. In another 2 weeks will be heading back to UTHM for survey camp located in Port Dickson for a week. Diharapkan camp ni tak sesusah yang digambarkan dalam kepala sendiri.

#notetoself : setting and improve the way of studies, in shaa Allah :)

No comments: